Your cart is currently empty!
Lembaran Fakta: Arabic Gum
Penerangan:
1. Baik untuk sistem penghadaman
Dengan kandungan serat mudah larut yang tinggi, ia membantu sistem pencernaan berfungsi secara lebih baik dengan mencegah sembelit dan cirit birit.Arabic gum juga mengandungi komponen prebiotic atau bakteria baik yang melancarkan lagi sistem penghadaman di samping membantu badan untuk menyerap mineral dengan lebih berkesan.
2. Membantu menurunkan berat badan
Kandungan serat yang tinggi dalam arabic gum juga membuatkannya sesuai untuk dimakan bagi yang sedang berdiet kerana ia dapat membuatkan seseorang rasa kenyang dengan lebih lama. Sebuah kajian juga mendapati pengamalan arabic gum selama 6 minggu menunjukkan pengurangan yang ketara dalam peratusan lemak serta nilai BMI.
3. Mampu mengurangkan kolestrol
Kolesterol yang tinggi dan tidak dikawal boleh mengakibatkan pelbagai penyakit seperti strok dan penyakit jantung. Khasiat serat yang terkandung dalam serat didapati berpotensi dalam membantu badan untuk menyingkirkan kolesterol dalam badan secara berkesan.
4. Melegakan batuk dan sakit tekak
Arabic gum merupakan salah satu bahan yang sering ditemui dalam lozenges atau ubat sakit tekak. Dengan komponen antiradang yang terkandung dalam arabic gum, ia dikatakan dapat mengurangkan sakit tekak serta simptom batuk.
5. Membantu menstabilkan tekanan darah
Sebuah kajian mendapati pengambilan arabic gum yang dilarutkan dalam air selama 16 hingga 18 minggu menunjukkan kesan yang positif dalam menurunkan tekanan darah ke paras yang stabil.Hasil ini menunjukkan potensi yang baik bagi penggunaan arabic gum sebagai makanan tambahan yang sesuai untuk pesakit darah tinggi.
6. Mampu merawat luka
Arabic gum sering digunakan secara tradisional sebagai penawar luka pada kulit. Para pengkaji berpendapat ia berupaya untuk menyembuhkan luka melalui komponen aktif seperti alkaloid dan flavonoid. Kajian lain juga mendapati arabic gum berpotensi untuk merawat luka serta keradangan akibat ulser.
7. Kaya dengan Antioksidaan
Khasiat antioksidan adalah penting dalam diet harian bagi mencegah badan daripada pelbagai penyakit yang berpunca daripada radikal bebas.
Arabic gum yang diperkaya dengan antioksida dapat membantu badan untuk melawan aktiviti radikal bebas dalam badan.
8. Berpontensi sebagai antikanser
Selain melawan radikal bebas, arabic gum juga didapati memiliki sifat antikarsinogenik yang positif dalam melawan pembentukan sel kanser.
Sebuah kajian mendapati penggunaan arabic gum dapat mengurangkan sehingga 70% pembentukan tumor kanser usus pada tikus. ini menunjukkan potensi yang cukup baik bagi arabic gum untuk digunakan sebagai bahan antikanser.